Saleh al-Aruri

Saleh Al-Aruri (Arab: صالح العاروريcode: ar is deprecated ) ialah seorang ahli politik di Palestin. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) sejak 2017.[1] Beliau ialah ketua pengasas bagi Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Saleh dilaporkan menetap di Lubnan.[2][3]Saleh dilahirkan pada 1966 di Ramallah. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang syariah dari Universiti Hebron. Beliau menyertai gerakan Ikhwan Al-Muslimin di awal usianya dan menjadi anggota Hamas selepas pertubuhan itu ditubuhkan oleh pemimpin Ikhwan pada 1987.Antara 1990 dan 1992, tentera Israel mengawal Saleh di bawah tahanan pentadbiran -- tanpa bicara -- atas kegiatannya dalam kumpulan yang ditubuhkan itu.Pada 1991, beliau mengasaskan penubuhan Briged Izzuddin Al-Qassam, organisasi yang menyediakan tentera kepada Hamas. Beliau kemudiannya kembali dimasukkan dalam penjara pada 1992 selama 15 tahun.[4]Saleh dibebaskan pada 2007 tetapi dipenjara semula tiga bulan selepas pembebasannya. Pihak berkuasa Israel memenjarakan beliau selama tiga tahun lagi sehingga dibebaskan pada 2010[4] Beliau diasingkan ke Syria sebagai syarat pembebasan beliau.[5] Pada 2011, beliau terlibat sebagai jururunding bersama-sama Nizar Awadallah, Marwan Issa dan Ahmad Al-Ja'bari bagi membebaskan 1,027 warga Palestin sebagai pertukaran dengan seorang tentera Israel, Gilad Shalit.[6]